Sunday, 25 November 2012

Bab 9: Insurans - Latihan

Soalan 1

(a) Pelaksanaan takaful adalah berdasarkan hukum syarak yang mengharamkan perkara-perkara yang berikut:

  • Gharar
  • Maisir
  • Riba
Huraikan maksud setiap istilah di atas dan jelaskan pelaksanaannya di dalam takaful.

 (b) Terdapat empat Perjajian Mudharabah. Nyatakan keempat-empat perjanjian tersebut.


Soalan 2

Nyatakan perbezaan antara insurans Takaful dan insurans konvensional.

Takaful
Konvensional











Bab 9: Insurans : Takaful

9.4 Takaful

Takaful bermaksud usaha murni yang merangkumi bantu-membantu, kerjasama, pelihara-memelihara, serta berkongsi tanggungjawab di kalangan peserta dalam menghadapi kecelakaan atau musibah.

Syarikat Takaful Sendirian Berhad ditubuhkan pada tahun 1985 bagi menjalankan takaful bagi umat Islam di Malaysia. Syarikat Takaful beroperasi berasaskan prinsip secara Islam mengikut Akta Takaful 1984. 

Perjanjian takaful adalah prinsip Mudharabah (perkongsian) yang dapat mengelakkan unsur gharar, riba, dan maisir.




Produk Takaful
Terdapat dua produk yang ditawarkan oleh Syarikat Takaful, iaitu:
(a) Takaful Keluarga;
(b) Takaful Am 

(a) Takaful Keluarga

  • Takaful keluarga memberi perlindungan terhadap malapetaka akibat kematian dan kemalangan ke atas diri seorang peserta.
  • Ada dua cara bagi seseorang peserta melindungi keluarganya iaitu:
  1. meninggalkan sejumlah wang kepada waris, iaitu ahli keluarga apabila dia meninggal dunia,
  2. mempunyai sejumlah simpanan wang untuk kegunaan diri serta keluarga apabila dia mengalami kecederaan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi.
  • Menurut skim takaful keluarga, setiap peserta dikehendaki membayar caruman mengikut kemampuannya tertakluk kepada satu jumlah minimum. Caruman peserta akan dikreditkan ke dalam dua akaun, iaitu:
  1. 95% daripada jumlah caruman ke dalam akaun peserta dan 
  2. baki 5% ke dalam akaun khas peserta.
  • Wang caruman dalam akaun peserta adalah untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Keuntungan dari pelaburan akan dibahagikan antara peserta dan syarikat takaful berdasarkan perjanjian Mudharabah. 
  • Wang caruman di dalam akaun khas peserta adalah sebagai tabaru' iaitu sebagai sedekah untuk membayar faedah takaful kepada peserta yang ditimpa kemalangan. 
  • Bayaran pampasan kepada peserta yang ditimpa malapetaka tidak mengikut jumlah yang terkumpul di dalam kedua-dua akaun. Hal ini bermakna, peserta tidak akan membayar pampasan yang besar tanpa mengambilkira jumlah sumbangannya. Jumlah bayaran yang dibuat kepada peserta adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan dalam simpanan dalam kedua-dua akaun itu. 
  • Sekiranya seseorang peserta ingin menarik diri daripada sesuatu pelan takaful, dia berhak menerima nilai serahan yang akan dibayar daripada carumannya ke dalam akaun pesertanya sahaja. 
  • Selain pelan di atas, Syarikat Takaful juga menawarkan pelan takaful keluarga yang lain iaitu Pelan Takaful Keluarga untuk Pendidikan dan Pelan Takaful Kesihatan. Melalui Pelan Takaful Keluarga Pendidikan peserta boleh menggunakan wang simpanan yang diterima kelak untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak. Seseorang yang mempunyai Pelan Takaful Kesihatan dapat membayar balik belanja rawatan hospital untuk tempoh dia dimasukkan ke dalam hospital.


                           
                                                                 Kebakaran
                 
                      Kemalangan   

                     
                                                                        Hilang upaya


                                                             Pendidikan


(b) Takaful Am

  • Takaful Am memberi perlindungan terhadap risiko kerosakan harta benda peserta. Contoh-contoh harta benda yang boleh diberi perlindungan yang diberi perlindungan melalui takaful am ialah risiko kerosakan bangunan, rumah dan kenderaan.
  • Perlindungan yang diberi oleh takaful am adalah luas seperti perlindungan yang diberi oleh insurans secara konvensional.
  • Antara produk takaful am ialah:
  1. SkimTakaful Kebakaran : memberi perlindungan terhadap risiko kerosakan akibat kebakaran.
  2. Takaful Liabiliti Am : memberi perlindungan kepada peniaga terhadap risiko tuntutan oleh orang awam.
  3. Takaful Liabiliti Majikan : melindungi pihak majikan terhadap tuntutan oleh pekerja yang cedera atau mati akibat kemalangan di tempat kerja. 
  4. SkimTakaful Kenderaan : perlindungan kepada kenderaan terhadap kemalangan dan kerosakan.
  5. Skim Takaful Kemalangan Diri : menyediakan perlindungan akibat kemalangan yang dialami oleh peserta.    

                                
     Kecurian

                   
                                                                     Perniagaan





 

Saturday, 24 November 2012

Bab 9: Insurans : Peranan Insurans

4. Peranan Insurans

                           


(a) Peranan Insurans  kepada Individu


  • Insurans memberikan perlindungan kepada seseorang individu dan keluarganya. Harta benda individu yang dapat diinsuranskan terhadap risiko seperti kecurian, kerosakan dan kebakaran. Contohnya, seseorang jindividu yang memiliki kereta menghadapi risiko kehilangan kereta akibat kecurian. Melalui perlindungan insurans, individu berkenaan dapat mengurangkan kerugian yang dialaminya jika risiko berkenaan berlaku.
  • Seseorang ketua keluarga mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Ketua keluarga akan menghadapi risiko seperti kematian dan hilang upaya. Jika risiko ini berlaku secara tiba-tiba, isteri dan anak-anak akan kehilangan tempat bergantung dan hidup mereka akan sengsara. Dengan adanya insurans, ahli keluarga akan menerima pampasan daripada insurer sekiranya sesuatu malapetaka menimpa ketua keluarga. Mereka dapt meneruskan hidup melalui wang pampasan tersebut.


(b) Peranan Insurans kepada Peniaga
  • Insuras dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanha dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya. 
  • Peniaga yang ditimpa risiko ini akan mengalami kerugian yang besar dan kemungkinan yang besar dan kemungkinan tidak dapat meneruskan perniagaan. Dengan adanya perlindungan insurans, seseorang peniaga dapat mengurangkan jumlah kerugian kerana memperoleh pampasan. Peniaga juga dapat memberikan tumpuan kepada perkembangan perniagaannya tanpa perlu risau akan kerugian yang mungkin dialaminya itu. 


(c) Peranan Insurans kepada Negara
  •   Insurans dapat membangunkan ekonomi negara. Wang premium dapat dilaburkan dalam pelbagai sektor seperti perladangan, pembinaan, perindustrian dan sebagainya. 
  • Insurer juga dapat membeli sekuriti kerajaan seperti bon dan bil perbendaharaan. Kerajaan juga dapat menggunakan wang yang dikumpulkan itu untuk projek-projek lpembangunan
  • Insurer melakukan pelaburan dengan cara dengan wang premium yang dikutip. Dengan cara ini, mereka dapat mengurangkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. 

Bab 9: Insurans : Jenis-jenis Risiko

3. Jenis-jenis Risiko

Jenis-jenis risiko boleh dibahagikan kepada dua:

(a) Risiko Boleh Insurans

  • Risiko yang boleh insurans iailah risiko yang kekerapan kejadiannya dapat dijangka dan dikira secara ilmu hisab. 
  • Terdapat statistik atau rekod perangkaan yang lengkap mengenai risiko yang diinsuranskan itu.
  • Pihak aktuari (Pakar ilmu hisab bidang insurans) dapat menghitung kekerapan berlakunya risiko. 
  • Kadar premium yang munasabah dapat ditetapkan 
  • Contoh-contoh risiko boleh diinsurans ialah risiko kebakaran, kematian, kecurian, kemalangan, pecah amanah, dan tuntutan pihak ketiga.

(b) Risiko Tidak Boleh Insurans
  • Risiko tidak boleh insurans adalah risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat dikira.
  • Tiada maklumat atau data yang lengkap mengenai risiko itu.
  • Pihak aktuari tidak dapat menghitung  kekerapan berlakunya risiko. 
  • Kadar premium tidak dapat ditetapkan.
  • Contoh-contoh risiko tidak boleh insurans ialah perubahan fesyen, pengurusan yang tidak cekap, perubahan citarasa pengguna dan hutang lapuk.  
Istilah-istilah Insurans

  1. Insured adalah orang yang diinsuranskan atau pemegang polisi
  2. Insurer adalah syarikat insuransyang memberi perlindungan serta mengelolakan skim insurans.
  3. Polisi adalah surat ikatan perjanjian antara insured dengan insurer.
  4. Premium adalah bayaran yang dikenakan oleh insurer untuk memberi lindungan kepada insured.
  5. Nota lindungan adalah polisi sementara yang dikeluarkan untuk memberi lindungan serta-merta kepada insured sebelum siapnya polisi.
  6. Lindungan adalah had pampasan atau ganti rugi yang akan dibayar oleh insurer.
  7. Borang cadangan adalah borang permohonan untuk mengambil insurans. 

Bab 9: Insurans : Konsep Insurans

2. Konsep Insurans


  • Insurans merupakan satu rancangan pembahagian risiko.
  • Melalui skim insurans, risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh setiap individu dapat diminimumkan.
  • Setiap individu yang menghadapi risiko boleh mendapatkan perlindungan dengan membeli polisi insurans. Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premium. Premium yang dibayar oleh mereka merupakan satu caruman dalam tabung umum. 
  • Berdasarkan pengalaman, sebilangan besar manusia menghadapi risiko yang sama tetapi jhanya sebilangan kecil sahaja yang mengalami kerugian sebagai akibat risiko itu. Mereka yang ditimpa risiko dibayar ganti rugi dariapada tabung umum itu. Dengan cara ini, risiko dapat disebarkan di kalangan pemegang polisi atau yang menyertai skim insurans ini. Oleh itu, insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik. 

Bab 9: Insurans : Pengenalan

9.1 Insurans

  1. Pengenalan kepada insurans
  2. Konsep Insurans
  3. Jenis Risiko 
  4. Peranan Insurans

1. Pengenalan kepada Insurans

Insurans merupakan satu perjanjian di antara insured, iaitu orang yang menghadapi sesuatu risiko dengan syarikat insurans (insurer) iaitu pihak yang memberi perlindungan terhadap sesuatu risiko.

Dalam perjanjian ini, insured bersetuju membuat suatu sebagai premium kepada insurer. Insurer pula sebagai balasan bersetuju untuk membayar  ganti rugi atau pampasan kepada insured jikalau sesuatu risiko yang diisuranskan.