Jenis-jenis risiko boleh dibahagikan kepada dua:
(a) Risiko Boleh Insurans
- Risiko yang boleh insurans iailah risiko yang kekerapan kejadiannya dapat dijangka dan dikira secara ilmu hisab.
- Terdapat statistik atau rekod perangkaan yang lengkap mengenai risiko yang diinsuranskan itu.
- Pihak aktuari (Pakar ilmu hisab bidang insurans) dapat menghitung kekerapan berlakunya risiko.
- Kadar premium yang munasabah dapat ditetapkan
- Contoh-contoh risiko boleh diinsurans ialah risiko kebakaran, kematian, kecurian, kemalangan, pecah amanah, dan tuntutan pihak ketiga.
- Risiko tidak boleh insurans adalah risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat dikira.
- Tiada maklumat atau data yang lengkap mengenai risiko itu.
- Pihak aktuari tidak dapat menghitung kekerapan berlakunya risiko.
- Kadar premium tidak dapat ditetapkan.
- Contoh-contoh risiko tidak boleh insurans ialah perubahan fesyen, pengurusan yang tidak cekap, perubahan citarasa pengguna dan hutang lapuk.
- Insured adalah orang yang diinsuranskan atau pemegang polisi
- Insurer adalah syarikat insuransyang memberi perlindungan serta mengelolakan skim insurans.
- Polisi adalah surat ikatan perjanjian antara insured dengan insurer.
- Premium adalah bayaran yang dikenakan oleh insurer untuk memberi lindungan kepada insured.
- Nota lindungan adalah polisi sementara yang dikeluarkan untuk memberi lindungan serta-merta kepada insured sebelum siapnya polisi.
- Lindungan adalah had pampasan atau ganti rugi yang akan dibayar oleh insurer.
- Borang cadangan adalah borang permohonan untuk mengambil insurans.
No comments:
Post a Comment