Takaful bermaksud usaha murni yang merangkumi bantu-membantu, kerjasama, pelihara-memelihara, serta berkongsi tanggungjawab di kalangan peserta dalam menghadapi kecelakaan atau musibah.
Syarikat Takaful Sendirian Berhad ditubuhkan pada tahun 1985 bagi menjalankan takaful bagi umat Islam di Malaysia. Syarikat Takaful beroperasi berasaskan prinsip secara Islam mengikut Akta Takaful 1984.
Perjanjian takaful adalah prinsip Mudharabah (perkongsian) yang dapat mengelakkan unsur gharar, riba, dan maisir.
Produk Takaful
Terdapat dua produk yang ditawarkan oleh Syarikat Takaful, iaitu:
(a) Takaful Keluarga;
(b) Takaful Am
(a) Takaful Keluarga
- Takaful keluarga memberi perlindungan terhadap malapetaka akibat kematian dan kemalangan ke atas diri seorang peserta.
- Ada dua cara bagi seseorang peserta melindungi keluarganya iaitu:
- meninggalkan sejumlah wang kepada waris, iaitu ahli keluarga apabila dia meninggal dunia,
- mempunyai sejumlah simpanan wang untuk kegunaan diri serta keluarga apabila dia mengalami kecederaan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi.
- Menurut skim takaful keluarga, setiap peserta dikehendaki membayar caruman mengikut kemampuannya tertakluk kepada satu jumlah minimum. Caruman peserta akan dikreditkan ke dalam dua akaun, iaitu:
- 95% daripada jumlah caruman ke dalam akaun peserta dan
- baki 5% ke dalam akaun khas peserta.
- Wang caruman dalam akaun peserta adalah untuk tujuan simpanan dan pelaburan. Keuntungan dari pelaburan akan dibahagikan antara peserta dan syarikat takaful berdasarkan perjanjian Mudharabah.
- Wang caruman di dalam akaun khas peserta adalah sebagai tabaru' iaitu sebagai sedekah untuk membayar faedah takaful kepada peserta yang ditimpa kemalangan.
- Bayaran pampasan kepada peserta yang ditimpa malapetaka tidak mengikut jumlah yang terkumpul di dalam kedua-dua akaun. Hal ini bermakna, peserta tidak akan membayar pampasan yang besar tanpa mengambilkira jumlah sumbangannya. Jumlah bayaran yang dibuat kepada peserta adalah berdasarkan kepada jumlah simpanan dalam simpanan dalam kedua-dua akaun itu.
- Sekiranya seseorang peserta ingin menarik diri daripada sesuatu pelan takaful, dia berhak menerima nilai serahan yang akan dibayar daripada carumannya ke dalam akaun pesertanya sahaja.
- Selain pelan di atas, Syarikat Takaful juga menawarkan pelan takaful keluarga yang lain iaitu Pelan Takaful Keluarga untuk Pendidikan dan Pelan Takaful Kesihatan. Melalui Pelan Takaful Keluarga Pendidikan peserta boleh menggunakan wang simpanan yang diterima kelak untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak. Seseorang yang mempunyai Pelan Takaful Kesihatan dapat membayar balik belanja rawatan hospital untuk tempoh dia dimasukkan ke dalam hospital.
Kebakaran
Kemalangan
- Takaful Am memberi perlindungan terhadap risiko kerosakan harta benda peserta. Contoh-contoh harta benda yang boleh diberi perlindungan yang diberi perlindungan melalui takaful am ialah risiko kerosakan bangunan, rumah dan kenderaan.
- Perlindungan yang diberi oleh takaful am adalah luas seperti perlindungan yang diberi oleh insurans secara konvensional.
- Antara produk takaful am ialah:
- SkimTakaful Kebakaran : memberi perlindungan terhadap risiko kerosakan akibat kebakaran.
- Takaful Liabiliti Am : memberi perlindungan kepada peniaga terhadap risiko tuntutan oleh orang awam.
- Takaful Liabiliti Majikan : melindungi pihak majikan terhadap tuntutan oleh pekerja yang cedera atau mati akibat kemalangan di tempat kerja.
- SkimTakaful Kenderaan : perlindungan kepada kenderaan terhadap kemalangan dan kerosakan.
- Skim Takaful Kemalangan Diri : menyediakan perlindungan akibat kemalangan yang dialami oleh peserta.
Kecurian
Perniagaan






No comments:
Post a Comment