
(a) Peranan Insurans kepada Individu
- Insurans memberikan perlindungan kepada seseorang individu dan keluarganya. Harta benda individu yang dapat diinsuranskan terhadap risiko seperti kecurian, kerosakan dan kebakaran. Contohnya, seseorang jindividu yang memiliki kereta menghadapi risiko kehilangan kereta akibat kecurian. Melalui perlindungan insurans, individu berkenaan dapat mengurangkan kerugian yang dialaminya jika risiko berkenaan berlaku.
- Seseorang ketua keluarga mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Ketua keluarga akan menghadapi risiko seperti kematian dan hilang upaya. Jika risiko ini berlaku secara tiba-tiba, isteri dan anak-anak akan kehilangan tempat bergantung dan hidup mereka akan sengsara. Dengan adanya insurans, ahli keluarga akan menerima pampasan daripada insurer sekiranya sesuatu malapetaka menimpa ketua keluarga. Mereka dapt meneruskan hidup melalui wang pampasan tersebut.
- Insuras dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian, pecah amanha dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya.
- Peniaga yang ditimpa risiko ini akan mengalami kerugian yang besar dan kemungkinan yang besar dan kemungkinan tidak dapat meneruskan perniagaan. Dengan adanya perlindungan insurans, seseorang peniaga dapat mengurangkan jumlah kerugian kerana memperoleh pampasan. Peniaga juga dapat memberikan tumpuan kepada perkembangan perniagaannya tanpa perlu risau akan kerugian yang mungkin dialaminya itu.
(c) Peranan Insurans kepada Negara
- Insurans dapat membangunkan ekonomi negara. Wang premium dapat dilaburkan dalam pelbagai sektor seperti perladangan, pembinaan, perindustrian dan sebagainya.
- Insurer juga dapat membeli sekuriti kerajaan seperti bon dan bil perbendaharaan. Kerajaan juga dapat menggunakan wang yang dikumpulkan itu untuk projek-projek lpembangunan
- Insurer melakukan pelaburan dengan cara dengan wang premium yang dikutip. Dengan cara ini, mereka dapat mengurangkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
Babi xbantu langsung sial
ReplyDelete